Tuesday 16 August 2011

alahai hidup~

saban hari kita mengeluh, begitu juga dengan aku,ohh,dunia ini sungguh tidak adil,yang berkuasa terus bermaharajalela,yang dibawah terus dipijak,mungkin kita tidak mengalaminya,tetapi,percayalah bahawa ada insan yang seperti itu.yang mentaati perintah tuhan diberikan pelbagai ujian manakala yang tidak sujud kepadaNya hidup dengan penuh senang-lenang, ini tidak adil bukan?namun,inilah realiti.kita sering dipersalahkan dalam pelbagai hal yang remeh-temeh sedangkan ianya bukan datang dari kesalahan kita sendiri,benar, setiap manusia melakukan kesalahan tetapi,kesalahan yang kita sendiri lakukan tidak perlu ditempiaskan kepada orang lain,anggaplah ianya suatu pengajaran kepada kita walaupun pengajaran yang kita terima itu agak pahit.dalam menjalani kehidupan seharian sememangnya kita akan bergelumang dengan stress, stress juga akan mengurangkan tumpuan kita terhadap pekerjaan kita,hadapi stress dengan tenang,jangan mudah naik marah tak tentu pasal,orang benci tahu tak.inilah keluhan hatiku,mungkin tiada siapa yang akan memahami,namun, cukuplah sekadar aku meluahkannya seorang diri, aku rasa semua orang tak akan faham apa yang aku cuba sampaikan, tetapi,inilah realiti kehidupan...

*i wrote this for my mom,sometimes, i hate my mom..

No comments:

Post a Comment